Rusia Hadkan Eksport Gas Adi – Antara Komponen Utama Pembuatan Cip

Diterbitkan pada Jun 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rusia kini telah mengumumkan mereka akan mengehadkan pengeksportan gas adi seperti gas neon ke luar negara sehingga penghujung 2022 kelak.

Ini dijangka akan terus memberikan kesan terhadap pengeluaran barangan elektronik seluruh dunia. Hal ini adalah kerana gas adi seperti neon merupakan antara komponen utama dalam pembuatan dan penghasilan cip.

Rusia mengeluarkan sekitar 30% bekalan gas adi di dunia, terdiri daripada neon, krypton dan juga xenon.

Sebelum ini, Ukraine juga telah menghentikan pengeluaran gas adi di negara mereka, selepas menghadapi serangan daripada Rusia.

komen


© Amanz / 2022 Kami