Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan skuter elektrik di atas jalan awam, kecuali di kawasan yang telah diwartakan.
Selari dengannya, hari ini DBKL telah menyita skuter elektrik yang diletakkan di Dataran Merdeka. DBKL mengatakan Dataran Merdeka merupakan jalan awam yang tidak diwartakan untuk aktiviti skuter elektrik.

Kerajaan juga sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya tiada aktiviti melibatkan skuter elektrik di jalan awam, dan hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan.
DBKL mengatakan tiada kebenaran dikeluarkan untuk aktiviti skuter elektrik di Dataran Merdeka.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi pelbagai arahan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.