Dengan peralihan ke era realiti-terimbuh yang dinantikan ramai, kini Apple dilaporkan sedang merancang untuk mengemaskini sejumlah aplikasi mereka.
Ini termasuk untuk memperkenalkan kemaskini FaceTime versi VR – yang membolehkan imbasan seseorang itu diimplementasi gerakan melalui penggunaan Memoji.

Disamping itu, Apple juga dilaporkan sedang menyiapkan versi Apple Maps yang dioptimasikan untuk era realiti-terimbuh. Beberapa aplikasi lain seperti Notes dan Calendar turut dijangka melalui pembaharuan selari dan dioptimasikan untuk realiti-terimbuh.
Apple berkemungkinan besar akan berkongsi lanjut berkenaan perkara ini seawal minggu ini pada acara WWDC 2022 kelak.