Celcom Mula Memperkenalkan Ciri VoWIFI – Panggilan Suara Lebih Jelas Melalui WiFi

Diterbitkan pada Jun 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini dilihat telah memperkenalkan ciri terbaru untuk panggilan suara kepada para pelanggan mereka, iaitu VoWiFI (Voice over WiFi).

Melalui ciri ini, ia membolehkan anda kekal berhubung dengan sesiapa melalui panggilan suara melalui penggunaan rangkaian WiFI. Ini sekaligus sangat berguna di kawasan-kawasan yang mempunyai liputan selular yang kurang seperti pada bangunan tinggi – tetapi masih boleh kekal berhubung dengan rangkaian sambungan WiFi.

Walaupun menjanjikan panggilan suara berkualiti tinggi, namun ia masih bergantung kepada sambungan rangkaian WiFi yang stabil.

Buat masa ini, hanya sekitar 9 peranti sahaja yang disokong oleh Celcom untuk VoWiFi ini – termasuk Huawei Mate 20, Huawei P30, Huawei Nova 5T, Vivo X80 dan Vivo X80 Pro.

Tiada sokongan untuk pengguna Apple, Samsung dan Xiaomi buat masa ini, dan dijangka ditambah tidak lama lagi.

Selain Celcom, beberapa syarikat telekomunikasi turut telah menyokongya, termasuk Maxis dan Digi.

Sumber : SoyaCincau

komen


© Amanz / 2022 Kami