Oppo Malaysia kini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baharu bersempena dengan jualan 6.6 di Malaysia, iaitu Oppo A77 5G. Telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1199 di Malaysia.
Oppo A77 5G hadir dengan skrin 6.56-inci HD+, menawarkan kadar segar semulaa 90Hz, dilengkapi memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Menjana peranti ini adalah cip MediaTek 810 5G.

Disamping itu, Oppo A77 5G turut hadir dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.
Untuk rakaman gambar, Oppo A77 5G menggunakan dwi-kamera gabungan 48MP + 2MP, selainn kamera swafoto 8MP.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1199 di Malaysia.
