Poco C40 telah dilancarkan lebih awal di Vietnam hari ini. Peranti adalah unik kerana tidak menggunakan cip Qualcomm, Exynos, MediaTek atau Unisoc. Sebaliknya ia hadir dengan cip JH510 dari syarikat JLQ Technology. Ia dihasilkan menggunakan teknologi 11m dengan lapan teras – 4 teras Cortex-A55 2.0GHz dan 4 teras Cortex-A55 1.5GHz.

Peranti turut dilengkapi skrin 6.71″ LCD HD+, memori 4GB, storan 64GB, bateri 6000 mAh, kamera utama 13+2 MP dan kamera hadapan 5MP. Sokongan pengecasan pula adalah 18W pada peranti yang masih menggunakan Android 11 serta pelancar MIUI 12.

Masih terdapat bicu audio 3.5mm dan sokongan selular terhad kepada 4G sahaja. Di Vietnam Poco C40 ditawarkan pada harga VND 3,490,000 (~RM661) dalam pilihan warna hitam, hijau dan kuning.