Cip Unisoc menjadi antara cip paling popular tahun lalu kerana ianya lebih mampu milik untuk digunakan pada peranti yang tidak memerlukan prestasi yang tinggi. Tetapi menurut laporan Check Point Research, terdapat kerentanan sekuriti pada cip Unisoc yang boleh mengakibatkan serangan penggodam sehingga berlakunya gangguan sambungan rangkaian selular.
Kerentanan ditemukan pada cip Unisoc T700 yang digunakan pada Motorola Moto G20 dengan tampalan sekuriti Januari 2022. Jumlah cip Unisoc yang terjejas dengan kerentanan ini tidak didedahkan tetapi Check Point Research telahpun mengumumkan penemuan mereka kepada Unisoc. Oleh itu tampalan sekuriti Android yang seterusnya akan menampak kerentanan ini.