Indonesia Menawarkan Visa Lima Tahun Untuk Nomad Digital Dengan Pelepasan Cukai Pendapatan

Diterbitkan pada Jun 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Indonesia ialah destinasi yang cukup popular di kalangan golongan nomad digital. Kawasan seperti Bali menjadi pilihan untuk golongan usahawan atas talian ini kerana kos kehidupan yang lebih rendah berbanding negara asal dan kualiti kehidupan yang lebih baik dikelilingi keindahan alam semula jadi.

Dengan dunia ingin dengan pantas meninggalkan fasa pandemik, Indonesia kini menawarkan visa khas selama 5 tahun kepada golongan nomad digital untuk datang kembali ke negara mereka. Selain tempoh visa yang panjang, nomad digital tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan selama mereka tinggal di Indonesia.

Kedatangan golongan nomad digital ini diharap akan dapat menjana semula ekonomi tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik kerana berbelanja lebih tinggi serta tinggal lebih lama berbanding pelancong biasa. Tanpa kedatangan pelancong, warga Bali kembali kepada aktiviti leluhur seperti pertanian dan menuai rumpai laut.

komen


© Amanz / 2022 Kami