Cari @ Amanz

iOS 16 Membolehkan Anda Mengubah Suai Skrin Kekunci Mengikut Citarasa

Oleh Aman

Link Copied!

Apple hari ini memulakan acara WWDC, dan memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan anda mengubah suai reka letak skrin kekunci (lockscreen) mengikut citarasa anda.

Kini, anda boleh mengubah pewarnaan gambar pada skrin kekunci seumpama meletakkan penuras pada gambar dengan hanya menatal ke kiri atau ke kanan.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh mengubah sejumlah perkara, termasuk pilihan muka fon, dan juga penambahan widget pada skrin kekunci.

Pada masa yang sama, notifikasi diubah kepada lokasi bawah skrin – membolehkan anda melihat penuh gambar skrin kekunci tanpa menghalangnya. Pengguna juga boleh melihat sejumlah aktiviti terus daripada skrin kekunci tanpa perlu membuka sesuatu aplikasi.

Kemaskini baharu ini bakal hadir kepada semua pengguna iPhone melalui iOS 16 kelak. Apple dijangka menawarkan sistem operasi baharu ini seawal September atau Oktober 2022 ini.


Komen ()