Pada iOS 16, Apple turut memberikan perhatian pada aplikasi permesejan mereka, iMessage. Beberapa ciri menarik baharu ditambah pada aplikasi permesejan mereka, terutamanya membolehkan pengguna memadam dan menyunting sesuatu mesej yang tersilap hantar.
Dengan langkah ini, anda tidak lagi perlu risau berkenaan sesuatu mesej apabila tersilap hantar – atau perlu lakukan sedikit suntingan pada ejaan atau info.

Pada masa yang sama, kini iMessage turut membolehkan pengguna untuk menandakan sesuatu mesej sebagai belum dibaca – sekaligus merujuk sesuatu mesej kembali apabila anda bersedia.
Kemaskini baharu ini akan ditawarkan melalui iOS 16 dalam beberapa bulan lagi kepada pengguna iPhone.