Apple Turut Menyertai Arena “Bayar Nanti, Pakai Lekas” – Apple Pay Later
June 7, 2022
Apple
Aman
Arena BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas) merupakan salah satu trend yang hangat akhir-akhir ini, dan disediakan oleh pelbagai penyedia perkhidmatan kewangan – termasuk sejumlah penyedia dompet digital di Malaysia.
Melaluinya, ia membolehkan anda mengubah sesuatu pembelian kepada bayaran berbentuk ansuran.
Apple kini tidak ketinggalan, dan turut menyertai arena tersebut melalui Apple Pay Later.

Ciri ini membolehkan pengguna mengubah sesuatu pembelian kepada bentuk ansuran empat bulan – tanpa sebarang caj atau faedah tambahan.
Apa pun, ia hanya boleh digunakan pada kawasan atau kedai yang sedia menyokong Apple Pay sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.