Cari @ Amanz

Pada Waze, salah satu kemudahan yang disediakan adalah membolehkan anda merancang sesuatu perjalanan dengan menyertakan multi-hentian yang anda hendak tuju sebelum tiba ke destinasi akhir.

Ciri ini tiada pada Apple Maps hari ini, tetapi bakal berubah bersama iOS 16 kelak.

Apple hari ini mengatakan ciri yang dinantikan ini bakal diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Pengguna boleh menambah sehingga 15 hentian sebelum tiba ke sesuatu destinasi akhir.

iOS 16 dijangka diperkenalkan oleh Apple untuk pengguna iPhone seawal September atau Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd