Carian
Apple Perkenal Cip Apple M2 – Cip Generasi Baharu Dengan CPU Dan GPU Lebih Berkuasa
June 7, 2022 Aman

Apple hari ini secara rasminya memulaka era baharu cip Apple Silicon dengan memperkenalkan cip generasi kedua mereka untuk Mac, iaitu Apple M2.

Apple M2 dikatakan menawarkan kuasa pemprosresan 18%, selain spkongan GPU sekitar 35% lebih berkuasa berbanding dengan cip Apple M1 sebelum ini. Cip baharu ini hadir dengan rekaan 5nm.

Apple mengatakan mereka memfokuskan kepada penggunaan kuasa yang efisien dan pada masa yang sama prestasi baik melalui Apple Silicon. Dengan fokus ini, mereka berjaya hadir dengan cip yang lebih menjimatkan kuasa berbanding dengan pelbagai cip lain pada komputer riba.

Peranti pertama yang menggunakan cip Apple M2 ini adalah MacBook Air baharu yang turut diperkenalkan pada acara WWDC hari ini.

Komen