Cari @ Amanz

Apple bersama macOS Ventura turut memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai Continuity Camera. Melaluinya, ia membolehkan anda menggunakan iPhone sebagai webcam untuk MacBook anda.

Melalui ciri ini, ia akan membolehkan anda menggunakan kamera pada iPhone untuk sejumlah tugasan – termasuk untuk membawa dalam menunjukkan sesuatu perkara yang sukar dilakukan oleh kamera komputer, atau turut menggunakan ia sebagai kamera kedua untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Ciri ini bakal ditawarkan pada tahun ini, dan menariknya, cagak khusus untuk iPhone sebagai webcam akan turut ditawarkan untuk MacBook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd