Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan iOS 16 secara rasminya, dan ia bakal ditawarkan pada sejumlah iPhone bermula September atau Oktober kelak.

Apa pun, bersama pengenalan sistem operasi baharu, Apple menjadi kebiasaan untuk menamatkan sokongan untuk iPhone generasi lama. Melalui iOS 16, Apple turut menamatkan sokongan untuk beberapa model iPhone.

Antara model yang tidak akan disokong lagi dengan iOS 16 adalah iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus.

Ini sekaligus membawa kepada keperluan anda menggunakan iPhone 8 dan terkini, serta iPhone SE generasi kedua dan terkini untuk menggunakan sistem operasi iOS 16 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd