Apple sedikit demi sedikit mengubah iPad menjadi alternatif kepada Mac. Terbaru, melalui iPadOS 16, Apple terus menambah dan memberikan pengalaman baharu dalam menguruskan pelbagai aplikasi – sekaligus meningkatkan produktiviti ketika menggunakan tablet mereka.

Salah satunya adalah ciri Stage Manager. Seperti pada macOS, di iPadOS, pengguna boleh menguruskan pelbagai tugasan dan mengumpulkan sejumlah aplikasi dibawah akses sama. Ia seterusnya boleh diakses dengan pantas pada bahagian tepi kiri. Dengaan langkah ini, ia menjadikan anda lebih efisien dan menguruskan multi-tugasan anda.
Apa pun, Stage Manager ini terhad kepada iPad Pro dan iPad Air dengan cip Apple M1 sahaja.
iPadOS juga kini menawarkan pengalaman aplikasi pada kelas desktop. Disamping itu, ia menawarkan lebih integrasi bersama peranti Apple lain – termasuk membolehkan anda menjawab panggilan FaceTime pada peranti Apple berdekatan.
Aplikasi Safari pada iPad turut dikemaskini termasuk ciri seperti Shared Tab Groups yang memudahkan kolaborasi. Ciri Passkey turut disertakan dalam memudahkan simpanan kata laluann. Apple juga memudahkan kolaborasi dikalangan pengguna iPad melalui aplikasi baharu dinamakan Freeform – yang turut menyokong input Apple Pencil, sambil membuat panggilan video melalui FaceTime.
iPadOS 16 dijangka akan ditawarkan kepada sejumlah iPad seawal September atau Oktober kelak.