Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan WatchOS 9 yang memberikan fokus kepada beberapa ciri baharu berkaitan kecergasan dan kesihatan. Bersama-sama dengannya juga, Apple kini dilihat telah menamatkan sokongan watchOS 9 kepada Apple Watch Series 3.

Untuk menggunakan watchOS 9, Apple mengatakan pengguna memerlukan Apple Watch Series 4 dan terkini, atau Apple Watch SE. Disamping itu, ia juga turut dilengkapkan dengan iPhone 8 dan terkini yang menjalankan iOS 16.

Walaupun begitu, Apple Watch Series 3 masih dijual melalui laman rasmi Apple buat masa ini pada harga bermula RM849.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd