Cari @ Amanz

Apple kini menyenaraikan penawaran kabel MagSafe 3 ke USB-C dengan pilihan empat warna – seperti penawaran MacBook, pada harga RM189.

Kabel ini sepanjang 2 meter, dan menawarkan sambungan MagSafe – iaitu sambungan magnetik kepada port pengecasan MacBook. Dengan kabel ini, ia memberikan perlindungan sekiranya seseorang terlanggar kabel – dimana komputer riba tidak tertarik dan jatuh sekali, sebaliknya mekanisma magnetik membuatkan ia tercabut daripada MacBook.

Kabel ini sesuai dengan MacBook Air (M2) dan juga MacBook Pro (2021), dijual pada harga RM189. Buat masa ini, Apple melabelkan ia sebagai “Akan Datang”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd