Samsung Dilaporkan Akan Melancarkan Galaxy A Dengan Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Jun 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu utama peranti skrin boleh-lipat ialah harga jualannya yang masih agak mahal berbanding majoriti peranti lain di pasaran. Peranti boleh-lipat paling mampu milik sekarang ialah Z Flip3 dan ia mendominasi lebih 50% pasaran pada suku pertama 2022. Kini mula kedengaran ura-ura Samsung mungkin melancarkan Galaxy A dengan skrin boleh-lipat.

Ini adalah menurut ura-ura dari @chunvn8888. Menurut beliau peranti ini hanya akan ditawarkan pada tahun 2024 atau 2025 kelak. Walaupun sekadar ura-ura, menerusi perbualan kami dengan wakil Samsung sebelum ini, mereka mengesahkan peranti skrin boleh-lipat mampu milik memang akan ditawarkan oleh syarikat apabila kos menghasilkannya menjadi lebih rendah. Ini hanya akan berlaku jika jualan meningkat dan ia menarik lebih banyak pengguna.

Hampir kesemua syarikat pengeluar peranti mempunyai perancangan melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka. Tetapi sambutan adalah agak berbelah bagi dari pengguna kerana kos serta isu mengenai ketahanan jangka panjang. Wujudkah pasaran untuk peranti boleh-lipat mampu milik dengan cip kelas pertengahan? Hanya masa akan memberikan jawapannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami