Carian
Spesifikasi Realme GT Neo 3T Diperlihatkan Sebelum Pelancaran Rasmi
June 7, 2022 Amy Maizuraa

Seperti yang diketahui umum, Realme GT Neo 3T akan dilancarkan secara global pada hari ini. Ia menjadi model terkini di bawah siri Realme GT Neo3, sekaligus menyertai beberapa model sedia ada seperti Realme GT Neo 3 (80W) dan Realme GT Neo3 (150W). Melihat pada penawarannya, ia mempunyai sejumlah besar kemasan dan perkakasan dalaman yang sama dengan sebuah Realme Q5 Pro.

Melaluinya, cip Snapdragon 870 digunakan dengan padanan memori 8GB RAM. Bersama-sama dengannya, memori maya sehingga 5GB RAM dan sistem penyejukan lebih baik bagi memastikan peranti berfungsi secara optimum. Skrin pula berteknologi AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz secara dinamik. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP.

Sementara itu, bateri pula adalah 5,000mAh yang disertakan dengan sistem pengecasan pantas 80W. Lain-lain spesifikasi adalah sistem audio stereo, NFC, menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12, pengimbas cap jari terbina di skrin dan sebagainya. Realme GT Neo 3T akan didatangkan dengan dua kemasan warna seperti Dash Yellow dan Shade Black.

Nantikan pelancaran rasmi sebentar lagi bagi melihat penawaran penuh peranti. Ini termasuklah harga jualan rasmi peranti ini.

Komen