Cari @ Amanz

Realme merupakan antara jenama yang banyak memberi tumpuan kepada peranti pintar bersegmen bajet. Misalnya seperti siri Realme C dan kini terdapat sebuah model baharu yang telah tertiris.

Dikenali sebagai Realme C30, ia dikhabarkan hadir sebagai sebuah peranti yang mampu milik. Ia akan mempunyai panel hadapan bertakuk kecil dengan dagu yang agak tebal. Tubuh pula berkotak dengan sisi melengkung bersama panel belakang yang dihiasi garisan grid secara menegak.

Sisi kanan menempatkan butang kuasa dan laras audio. Sementara itu, bahagian bawah pula memperlihatkan persediaan untuk pembesar suara, port mikroUSB dan bicu audio 3.5mm. Tidak ketinggalan, peranti turut menggunakan sistem kamera utama tunggal dengan satu LED Flash.

Realme C30 akan didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Blue, Green dan Denim Black. Ia juga dikhabarkan mungkin menggunakan skrin LCD 6.58-inci dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk peranti yang ditemui setakat artikel ini ditulis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd