Rapid Security Response Membolehkan Pengguna Mengemaskini Sekuriti Tanpa Menunggu Kemaskini Versi

Diterbitkan pada Jun 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebanyakan kalinya apabila anda perlu mengemaskini tetapan sekuriti komputer anda, anda pastinya perlu memulakan semula komputer anda, samada anda menggunakan komputer Windows ataupun Mac.

Dengan kemaskini perisian iOS 16, iPadOS dan Mac Ventura tidak lama lagi, Apple telah memperkenalkan ciri Rapid Security Response yang membolehkan Apple untuk mengeluarkan kemaskini sekuriti secara lebih kerap, lebih cepat dan lebih mudah, khususnya untuk pengguna.

Secara lazimnya, kemaskini sekuriti untuk peranti-peranti Apple hanya akan tiba melalui kemaskini “besar” seperti 15.1, 15.2 dan sebagainya. Dengan Rapid Security Response, pengguna boleh menerima kemaskini-kemaskini sekuriti ini tanpa perlu menunggu kemaskini versi sistem operasi.

Malah, ia turut diperlihatkan bahawa beberapa daripada kemaskini-kemaskini sekuriti ini tidak perlu memulakan semula peranti-peranti mereka, membolehkan mereka teruskan dengan kerja mereka apabila peranti-peranti tersebut menerima kemaskini-kemaskini ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami