Cari @ Amanz

Oppo Reno8 Lite ialah peranti terkini yang telah diumumkan di Sepanyol. Melihat pada penawarannya, ia mempunyai persamaan dengan sebuah Oppo Reno7 Lite tanpa sebarang perubahan pada rekaan dan perkakasan dalaman yang dilakukan.

Peranti dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+ 60Hz dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Cip snapdragon 695 dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB turut digunakan. Bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W. Tri-kamera utama menggabungkan sensor 64MP + 2MP +2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, Oppo Reno8 Lite dijual pada harga €429 (~RM2015) dengan dua pilihan warna seperti Black dan Rainbow.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd