Serentak dengan pelancaran TV Neo QLED 8K terkini mereka, Samsung Malaysia turut melancarkan Samsung Ultra Slim Soundbar mereka yang terkini. Berdasarkan nama adan pasti boleh mengagak soundbar ini mempunyai rekaan yang nipis yang membolehkannya di dalam rumah yang kekurangan ruang dan memudahkannya digantung pada dinding.

Ultra Slim Soundbar hadir dengan sokongan Dolby Atmos dan saluran 3.1.2. Dua speaker menembak ke atas membolehkan audio Dolby Atmos dari semua arah dinikmati dari hanya satu soudbar di hadapahn pengguna. Turut disertakan ialah sokongan Dolby Atmos secara nirwayar apabila dipadankan dengan TV Neo QLED 8K terkini serta Q-Symphony.

Bagi peminat audio, audio dari peranti pintar boleh dipancarkan ke soundbar menggunakan protokol Apple Airplay, Chromecast dan Bixby. Setiap unit hadir dengan satu soudbar dan satu speaker woofer. Di Malaysia Samsung Ultra Slim Soundbar dijual pada harga promosi RM2399 untuk tempoh terhad sebelum dijual pada harga saranan RM2999.