Siri Realme GT Neo3 bakal ke pasaran Malaysia pada 15 Jun 2022. Hal ini didedahkan oleh pihak Realme Malaysia sendiri menerusi perkongsian terkini di laman media sosial rasminya sebentar tadi.

Acara pelancaran bakal berlangsung secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia. Bersama-sama dengan peranti ini, Realme Malaysia turut bakal menawarkan Realme Buds Air 3 Neo dalam kemasan berwarna biru.
Menyentuh sedikit mengenai peranti, ia hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8100 dan sistem pengecasan pantas 80W. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak termasuklah berkaitan harga jualan rasminya.