DNB : Kini Sekitar 83 Telefon Pintar Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional Berhad kini berkongsi yang mana terdapat sekitar 83 telefon pintar yang ditawarkan di pasaran Malaysia hari ini, menyokong rangkaian 5G yang dibangunkan DNB.

Perkongsian baharu ini hadir selari dengan penambahan Samsung Galaxy Flip3, Galaxy Fold3, dan juga Oppo A77 5G.

Pada masa yang sama, DNB turut berkongsi mengatakan mereka tidak mengesahkan atau meluluskan peranti 5G, sebaliknya mereka menyediakan fasiliti untuk membolehkan peranti diiuji, sebelum kemaskini meliputi sokongan rangkaian 5G diperkenalkan.

Pada hari ini, hanya Yes telah memperkenalkan rangkaian 5G secara komersil, membolehkan orang ramai menguji dan menggunakannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami