Cari @ Amanz

Kesatuan Eropah kini telah mencapai persetujuan, mengatakan semua telefon pintar, tablet dan kamera yang dijual di negara-negara Eropah perlu mempunyai port pengecasan USB-C bermula 2024 kelak.

Dengan perundangan baharu ini, ia akan memerlukan Apple turut mengubah pengecas Lightning mereka kepada USB-C – dan akan menjadi pengeluar yang paling terkesan dengan perundangan baharu ini.

Perundangan ini dilaksanakan dalam memudahkan pengguna menggunakan hanya pengecas USB-C – sekaligus mengurangkan pembaziran, dan menggunakan satu pengecas untuk pelbagai peranti yang digunakan.

Buat masa ini, perundangan di EU ini hanya tertakluk kepada peranti yang bercas secara berwayar sahaja, dan tidak terkesan untuk peranti yang dicas secara nirwayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd