Malaysia Menyaksikan Lebih 57.8 Juta Serangan Virus Pada Tiga Bulan Pertama 2022

Diterbitkan pada Jun 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fortinet kini berkongsi mengatakan Malaysia merekodkan sekitar 57.8 juta serangan virus pada suku tahunan pertama 2022 ini.  Sementara itu, serangan berbentuk eksploit pula berjumlah 3.96 bilion pada tempoh sama, iaitu sekitar 0.95% daripada angka yang dikenal-pasti pada peringkat global.

Seperti ramai sedia maklum, serangan virus merupakan apabila ia dihantar melalui pautan atau fail yang menyerang sistem. Sementara untuk eksploit pula, ia berkait menggunakan kerentanan pada sistem yang berhubung ke arena internet.

Disamping itu, Fortinet turut mengatakan terdapat sekitar 57.2 juta botnet dikenal-pasti dari Malaysia, iaitu sekitar 1.19% ancaman global. Botnet ini merupakan sebuah bentuk virus yang ditanam pada sistem pengguna, dan menantikan ia untuk diaktifkan untuk serangan.

Dengan perkembangan arena internet dan teknologi, angka ancaman juga terus meningkat dari hari ke hari. Orang ramai sentiasa diminta berhati-hati, dan sering rujuk ke sumber rasmi untuk elak menjadi mangsa siber.

komen


© Amanz / 2022 Kami