IBM Turut Menutup Perniagaan Di Rusia
Effi Saharudin
Satu demi satu syarikat besar dunia mula menarik diri dari pasaran Rusia berikutan sekatan ekonomi yang dikenakan selepas negara tersebut menyerang Ukraine Februari lalu. Kini IBM pula mengumumkan mereka akan menutup operasi mereka di Rusia.
Dalam memo yang dikeluarkan CEO Arvind Krishna, IBM akan mula menghentikan operasi secara rasmi dengan syarikat sebelum ini hanya menggantung operasi sejak Mac lalu. Kakitangan masih dibayar gaji sejak Mac tetapi kini akan kehilangan sumber pencarian. Penutupan operasi di Rusia tidak akan mendatangkan impak yang besar ke atas syarikat kerana hanya menyumbang 0.5% pendapatan IBM pada tahun 2021.
[sumber] Sumber – Endgadget [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.