Sokongan Nintendo Joy-Con Akan Diberikan Pada iPhone Menerusi iOS 16
June 8, 2022
Apple
e-Permainan
Effi Saharudin
Sokongan secara natif alat kawalan permainan Nintendo JoyCon akan akhirnya tiba iPhone menerusi kemas kini iOS 16 kelak. Sepasang JoyCon boleh ditambat secara bluetooth dan digunakan sebagai alat kawalan permainan biasa. Turut disokong ialah alat kawalan permainan Nintendo Switch Pro.

Dengan ini alat kawalan permainan Nintendo menerima sokongan yang sama seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X, dan Xbox One yang disokong secara rasmi pada iPhone sejak beberapa tahun lalu.
[sumber] Sumber – MacRumors [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.