Cari @ Amanz

TikTok Avatars Dilancarkan Dengan Ciri Mirip Memoji

Link Copied!

TikTok Avatars dilancarkan hari ini dengan ciri membenarkan pengguna menghasilkan avatar wajah secara 3D dimensi yang boleh menggantikan wajah sebenar mereka dalam video. Ciri ini adalah amat mirip dengan Memoji yang diperkenalkan oleh Apple sejak 2017.

Menurut TikTok dengan Avatars pengguna akhirnya dapat menyerlahkan keperibadian mereka dengan bebas. Terdapat pilihan pelbagai jenis rambut, aksesori, barang kemas dan solekan wajah yang boleh dipilih pengguna pada Avatars sebagai pengganti diri.

Ciri mula diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini dengan mengakses tab Effect dalam aplikasi. Lakukan carian TikTok Avatars dan pilih penuras ini. Kemudian lakukan kustomasi wajah avatar anda menerusi pilihan yang diberikan. Avatars tidak menggunakan teknologi imbasan wajah secara 3D seperti Memoji dan kami menyedari animasi wajah tidak begitu jitu.


Komen ()