Instagram kini mengambil inspirasi satu lagi ciri daripada TIkTok, iaitu kebolehan untuk pin kandungan pada halaman profil. Melalui kemaskini baharu pada Instagram, kini mereka membolehkan anda pin kandungan Reels kegemaran anda pada halaman profil.

Dengan langkah ini, anda diberikan lebih kawalan berkaitan apakah yang dipaparkan pada bahagian profil – disamping orang ramai turut boelh mengetahui perkongsian utama anda apabila melihat kepada halaman profil.
Untuk pin akan sesuatu kandungan, anda hanya perlu tekan pada bahagian “tiga titik” di penjuru kanan atas sesuatu perkongsian, dan memilih “Pin To Your Profile”.
Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram kepada para pengguna seluruh dunia.