Wordle Tidak Lagi Boleh Diakses Menerusi Laman Asal Bermula Esok

Diterbitkan pada Jun 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Permainan atas talian paling tular tahun lalu ialah Wordle. Permainan teka-teki ini menjadi kegemaran ramai kerana menguji kosa kata pengguna. Josh Wardle pencipta Wordle kemudiannya menjual permainan beliau kepada New York Times dengan bayaran mencecah tujuh angka. Bagi mereka yang masih bermain dengan Wordle menerusi laman asal powerlanguage.co.uk/wordle, URL tidak lagi akan dapat diakses bermula 9 Jun 2022.

Dalam ciapan yang dihantar oleh New York Times, pengguna yang masih ingin meneruskan permainan hanya boleh mengaksesnya menerusi laman mereka sahaja. Dengan pemindahan ke URL baharu, ini mungkin petanda awal bahawa selepas ini anda perlu membayar untuk terus bermain Wordle dalam masa terdekat. Jika anda masih ingin terus bermain Wordle, ia boleh diakses menerusi pautan di bawah.

komen


© Amanz / 2022 Kami