Tidak dinafikan, fotografi pada masa kini adalah begitu mudah. Kamera profesional juga bukan lagi medium utama untuk ambil gambar yang cantik. Sebabnya dengan hanya berbekalkan telefon pintar yang berprestasi tinggi dan ciri menarik, snap sahaja terus boleh dapat gambar yang berkualiti serta sangat cantik! Situasi paling best apabila kita mampu mengambil gambar lawa untuk pelbagai senario persis seorang profesional.
OPPO Find X5 Pro 5G Teraju Fotografi Mudah Alih Menarik
Mungkin ada yang bertanya kepada kami, apakah model peranti pintar yang sesuai untuk merakam gambar sedemikian? Jawapan kami mudah, anda tahu tentang OPPO Find X5 Pro 5G bukan? Ini adalah peranti pintar terkini daripada OPPO. Kewujudannya pada kami telah membuka ruang untuk anda lebih mendalami sisi kreatif dalam menghasilkan karya yang menggunakan pelbagai jenis ciri unik. Ini meliputi perkakasan yang baik serta turut mendapat kerjasama strategik daripada pakar kamera terkemuka dunia iaitu Hasselblad.

Rakam Detik Lebih Bermakna
Bercakap sedikit mengenai kerjasama di antara OPPO dan Hasselblad, kedua-duanya akan memberi tumpuan untuk prestasi kamera mengagumkan untuk mencipta pengalaman fotografi yang lebih baik. Ia dimulakan dengan peningkatan pada perisian bagi menghasilkan gambar dengan tona warna yang semula jadi dan tepat. Terutamanya untuk tona warna kulit manusia. Melalui perisian yang dibangunkan bersama ini juga OPPO Find X5 Pro 5G telah dimuatkan dengan ciri unik yang di-inspirasi oleh Hasselblad sendiri.

Xpan Mode misalnya, ianya unik kerana mampu mencipta semula pengalaman klasik kamera Hasselblad XPan dalam sebuah telefon pintar. Ini termasuklah hasil gambar dengan nisbah aspek yang luas. Di mana, anda boleh merakam imej pegun dengan format filem panoramik ultra-lebar vintaj 65 X 24mm sama seperti sebuah kamera klasik Hasselblad XPan asal. Kebiasaannya, gambar sebegini menjadi kegemaran jurugambar serata dunia. Melaluinya, anda sudah semestinya boleh menceritakan kisah yang lebih baik dalam setiap gambar yang diambil. Ia juga boleh dianggap cukup berbeza dengan nisbah aspek foto biasa seperti 3:2, 4:3 dan 16:9 yang agak terhad untuk sebuah karya kreatif menarik.

Secara lalai, Xpan Mode akan memaparkan mod berwarna, tetapi anda mempunyai pilihan untuk mengubahnya ke mod monokrom. Kemudian, anda juga boleh melaras tetapan untuk dedahan cahaya secara manual. Di sini, mod warnanya juga telah dioptimumkan dengan baik oleh Hasselblad bagi penghasilan lebih realistik. Tidak kiralah sama ada digunakan untuk fotografi potret, landskap, jalanan mahupun seni bina. Ia akan menghasilkan gambar panorama yang cukup sinematik.
Pengalaman Pengimejan Lebih Unik
Bukan itu sahaja, OPPO Find X5 Pro 5G turut dimuatkan dengan pelbagai penuras “Master Style” untuk beberapa gaya tambahan kepada dunia fotografi mudah alih. Ianya terdiri dengan Radiance, Serenity dan Emerald yang berfungsi sebagai penuras kamera berbeza dengan kebolehan melaraskan warna pada imej pegun bagi menjadikannya lebih menarik. Menariknya di sini, ia dibangunkan dengan kerjasama tiga jurugambar terkemuka Hasselblad dan antara muka pada aplikasi kamera juga sama seperti yang terdapat pada sebuah kamera Hasselblad.



Justeru itu, kini anda tidak perlu risau tentang masalah sukar mendapatkan gambar yang cantik. Dengan OPPO Find X5 Pro 5G, anda kini boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau profesional dengan hanya berbekal sebuah telefon pintar. Bukan itu sahaja, setiap kepingan gambar yang diambil menggunakan OPPO Find X5 Pro adalah sangat mengagumkan dan secara tidak langsung ia bukan sahaja dapat menjadikan media sosial anda kelihatan indah-indah. Tetapi ia juga memaparkan sesuatu karya kreatif melalui konsep sangat di luar jangkauan akal.

Bagi yang berminat, OPPO Find X5 Pro 5G ditawarkan di Malaysia pada harga RM4999 dengan variasi 12GB + 256GB. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Glaze Black dan Ceramic White. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran dan promosi menarik daripada OPPO, jangan lupa layari laman web rasmi OPPO Malaysia.
Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia