Dizo Watch D telah dilancarkan secara rasmi dengan rekaan muka jam berbentuk segi empat dengan padanan tali sejenis silikon. Di India, ia dijual pada INR2,999 (~RM170) dengan beberapa pilihan warna seperti Classic Black, Steel White, Copper Pink, Dark Blue dan Bronze Green.

Untuk spesifikasi, Dizo Watch D dilengkapi dengan skrin sesentuh sebesar 1.8-inci LCD dengan keterangan maksimum mencapai 550nits dan lebih 150 pilihan untuk muka jam. Ciri dan fungsi standard yang sertakan padanya terdiri dengan pemantauan kadar degupan jantung, pola waktu tidur dan oksigen dalam darah.

Kemudian, ia juga diikuti dengan lebih 110 jenis aktiviti sukan terbina yang pelbagai. Tidak ketinggalan, Dizo Watch D turut mempunyai penarafan kalis air sehingga 5 ATM dan bateri 350mAh yang disertakan boleh beroperasi sehingga 14 hari.