Realme GT 2 Pro Dalam Pilihan Warna Paper Green Kini Di Malaysia – Berharga RM2999
Amy Maizuraa
Realme GT 2 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada Mac yang lalu. Ia merupakan sebuah peranti berspesifikasi kelas mercu menerusi penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1. Di samping itu, ia turut mempunyai tubuh dengan kemasan yang baik.

Pada awalnya, Realme GT 2 Pro ditawarkan dalam pilihan warna Paper White dan Steel Black. Kemudian, kini terdapat satu lagi pilihan warna yang diberikan iaitu kemasan bewarna Paper Green pula.

Apa yang membezakanya hanyalah kemasan luaran sahaja. Sementara itu, spesifikasi dalaman dan harga jualannya masih lagi sama seperti Realme GT 2 Pro sedia ada.

Untuk harga, ia boleh didapati pada RM2999 menerusi kedai atas talian rasmi dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.