Cari @ Amanz

Paxlovid ialah pil yang diberikan kepada pesakit Covid-19 selepas mereka dijangkiti virus berbahaya ini. Selepas ujian klinikal menunjukkan kesan positif tahun lalu, Malaysia menjadi antara negara terawal mengumumkannya untuk digunakan di fasiliti kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hari ini KKM mengumumkan mereka akan meluaskan rawatan paxlovid ke fasilitii kesihatan milik swasta terpilih secara percuma. Walau bagaimanapun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan di fasiliti kesihatan swasta tersebut.

Langkah meluaskan pemberian Paxlovid ke fasiliti swasta dilakukan bagi memastikan golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbiditi, termasuklah mereka yang belum menerima vaksinasi, mesti diberikan perlindungan yang terbaik agar mereka terhindar daripada mendapat kesan jangkitan COVID-19 yang teruk. Setakat 5 Jun 2022, seramai 1365 orang pesakit telah menerima rawatan Paxlovid dan telahpun sembuh sepenuhnya.

Selain itu KKM turut akan memulakan rawatan monoclonal Tixagevimab plus Cilgavimab (EVUSHELD) dalam waktu terdekat. EVUSHELD dapat melindungi penerima dari jangkitan Covid-19 dalam jangka masa enam bulan selepas menerima suntikan. Rawatan akan hanya diberikan di fasiliti kerajaan kepada golongan Immunocompromised sederhana hingga teruk yang menunjukkan kesan tidak balas teruk sekiranya menerima vaksin Covid-19 atau tidak mencapai tahap imuniti yang memuaskan.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd