Untuk menikmati audio pada jalur lebar dan kualiti terbaik di peranti Android, kami menyarankan anda membeli aksesori audio yang menyokong codec LDAC. Tidak banyak aksesori menyokongnya di pasaran dan biasanya ianya dijual pada harga yang lebih premium. Bagi pemilik Oppo Enco X2, TWS ini akan dikemaskini bagi membawakan sokongan LDAC dan juga LHDC 4.0.

Sebelum ini Enco X2 sekadar menyokong codec LHDC tetapi ia hanya disokong pada peranti keluaran Oppo sahaja. Kemas kini akan diberikan kepada pengguna di China terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke peringkat glovbal. Enco X2 telahpun dijual di Malaysia sejak bulan lalu pada harga RM799 sebuah dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 40 jam dengan bantuan pod pengecas.
- Sumber
- Sumber – IT Home