Telefon pertama Nothing akan dilancarkan pada 12 Julai ini menerusi pengumuman yang dilakukan oleh akaun media sosial syarikat. Peranti ini akan menggunakan nama Nothing Phone (1) amat dinantikan kerana bakal hadir dengan spesifikasi mercu dan panel belakang yang lutsinar seperti TWS Ear (1) yang dilancarkan sebelum ini.

Sistem operasi yang digunakan kelak ialah Android dengan pelancar Nothing OS. Seperti yang dilakukan di OnePlus dahulu, pengasas syarikat Carl Pei meniriskan maklumat mengena peranti dalam jumlah yang kecil bagi menimbulkan minat terhadap peranti. Sekiranya peranti dapa ditawarkan pada harga yang mampu milik, Nothing Phone (1) berpotensi mendapat sambutan menggalakkan.