Dengan pelbagai kenderaan ke arah menjadi kereta elektrik, kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperkenalkan inisiatif khas dengan menyediakan stesen pengecasan motosikal elektrik secara percuma untuk kegunaan orang ramai.

Buat masa ini, sebanyak tiga buah stesen pengecasan disediakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang, iaitu Astaka Persiaran Gurney, Kompleks Makanan Medan Renong (Padang Kota Lama) dan Astaka Batu Lanchang.
Selain daripada itu, sebanyak enam lagi stesen pengecasan akan ditambah tidak lama lagi.
Langkah pengenalan stesen pengecasan ini selari dengan visi Majlis Bandaraya Pulau Pinang ke arah mesra alam menjelang 2030 kelak. Dengan langkah ini juga, kita mungkin melihat pengenalan lebih banyak motosikal elektrik di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.