Netflix kini menghadapi cabaran dalam terus memperluaskan dan menambah angka pengguna baharu mereka. Selari dengannya, kini hadir desas-desus mengatakan Netflix mungkin dalam perbincangan untuk membeli Roku.
Roku merupakan antara penyedia perkhidmatan dalam arena penstriman TV, termasuk menyediakan perkakasan khusus untuk disambungkan ke kaca televisyen.
Untuk makluman, Roku juga turut menyaksikan kerugian disebabkan oleh kejatuhan harga saham akhir-akhir ini.
Salah satu kelebihan pada Roku yang dikatakan menarik minat Netflix adalah teknologi pengiklanan milik Roku. Netflix sedia menyatakan ingin memperkenalkan sokongan pengiklanan pada platform mereka, dan pengambil-alihan ini mungkin memberikan akses kepada teknologi tersebut.
Apa pun, buat masa ini, pembelian Netflix oleh Roku masih kekal sekadar desas-desus sahaja.