Razer Kishi V2 Dilancarkan Dengan Suis Mekanikal Pada Harga RM489

Diterbitkan pada Jun 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer Kishi ialah aksesori alat kawalan permainan yang menjadikan telefon pintar seakan sebuah Nintendo Switch. Hari ini Razer Kishi V2 telah dilancarkan dengan pelbagai penambahbaikan bagi membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menikmati permua kegemaran pada telefon pintar anda.

Razer Kishi V2 masih lagi menggunakan rekaan alat kawalan kanan dan kiri yang disambungkan dengan mekanisme berspring yang mencengkam peranti di tengah-tengah. Sambungan kepada peranti adalah menerusi port USB-C maka tiada isu lengah masa yang wujud seperti alat kawalan yang menggunakan tambatan bluetooth.

Saiz Kishi V2 juga lebih kecil dan ia juga lebih ringan. Perubahan lebih besar dilakukan pada butang- butang muka dan bahu yang kini digantikan dengan suis mekanikal. Pada Kishi asal butang adalah dari jenis membran. Terdapat dua butang bahu tambahan yang boleh diprogramkan oleh pengguna mengikut keperluan permainan.

Butang khas untuk melakukan tangkapan layar dan video serta butang untuk Razer Nexus juga diberikan sekali pada Kishi V2. Kishi V2 juga boleh digunakan pada peranti dengan kerangka buat pertama kali yang merupakan antara penambahbaikan yang diminta oleh pengguna.

Razer Kishi V2 kini dijual pada harga RM489 dengan model untuk Android ditawarkan terlebih dahulu sementara model untuk iPhone akan dijual bermula musim luruh.

komen


© Amanz / 2022 Kami