Dengan pelbagai pihak tidak ingin ketinggalan dalam menyertai arena metamesta, kini Celcom sebagai syarikat telekomunikasi turut tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut. Hari ini, mereka mengumumkan kerjasama dengan Nonvoice, dan mula menawarkan akses kepada kandungan realiti-terimbuh kepada para pelanggan mereka.

Melalui kerjasama Celcom dan Nonvoice, ia memberikan akses kepada 10 aplikasi AR berbentuk pendidikan, permainan dan sebagaianya, pada harga langganan RM3 seminggu.
Bersama pengenalan ini juga, para pelanggan akan menerima sebuah koleksi NFT percuma tanpa caj tambahan setiap 7 hari sekali. Sekiranya berminat, anda boleh menyemak laman khusus Celcom – Nonvoice hari ini, dan melihat penuh penawaran aplikasi dan sama ada ia menarik minat anda atau sebaliknya.