Apple iOS 16 membawakan sejumlah ciri-ciri baharu, termasuk memudahkan anda untuk berpindah dari sesuatu iPhone lama ke iPhone baharu – termasuk memindahkan rangkaian selular yang dikuasakan secara eSIM.

Melalui ciri baharu pada iOS 16, ketika anda menetapkan sesuatu telefon buat pertama kali, ia turut menunjukkan pilihan memindahkan eSIM daripada iPhone lain dengan mengimbas kod QR – atau dengan lebih mudah melalui penggunaan Bluetooth.
Apa pun, seperti biasa, penyedia rangkaian perlu menyediakan sokongan untuknya.
Pengenalan ciri ini juga sekaligus memberikan petanda bagaimana pada masa hadapan kita akan berpindah dari satu peranti ke peranti baharu termasuk rangkaian selular secara digital – tanpa perlu memohon kad SIM baharu.