Samsung Mungkin Memperkenalkan Galaxy Z Fold4 Dan Galaxy Z Flip4 Pada 26 Ogos

Diterbitkan pada Jun 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung mempunyai rangkaian peranti boleh lipat tersendiri di bawah siri Galaxy Z Fold dan Galazy Z Flip. Kedua-duanya hadir dengan perkakasan yang baik bersama konsep kemasan juga memiliki gaya yang berbeza. Bercakap lebih lanjut mengenainya, variasi baharu untuk peranti boleh lipat ini dijangka tiba sekitar bulan Ogos depan.

Menurut ciapan terkini oleh Jon Prosser, Samsung menyasarkan untuk memperkenalkan Galaxy Fold4 dan Galaxy Z Flip4 pada 26 Ogos 2022. Dalam masa sama, ciapan tersebut turut mendedahkan pilihan warna untuk kedua-dua peranti. Di mana, Galaxy Z Fold4 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Green dan Beige. Sementara itu, Galaxy Z Flip4 pula mempunyai pilihan warna seperti Graphite, Bora Purple, Pink Gold dan Blue.

Bersama-sama dengannya, Samsung Galaxy Watch5 turut akan diperkenalkan dengan beberapa pilihan saiz seperti 40mm, 44mm dan 46mm. Dalam sama sama, Samsung Galaxy S22 juga akan menerima kemas kini warna baharu iaitu Lavender.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Samsung. Mungkin dengan minggu-minggu mendatang, kita bakal mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami