Cari @ Amanz

Moto G62 5G Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz, Snapdragon 480+

Link Copied!

Barisan peranti di bawah siri Moto G sering hadir dengan ciri yang baik bagi menjadikannya boleh diguna pakai oleh semua. Terkini, ia telah dikemaskini dengan model baharu menerusi pengenalan Moto G62 5G. Selain daripada paparan yang baik, ia turut dimuatkan dengan kamera pelbagai guna dan bateri besar.

Melaluinya, skrin sebesar 6.5-inci IPS LCD digunakan dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 480+ dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut melengkapi peranti ini adalah slot microSD untuk ruangan tambahan. Bateri sebesar 5000mAh digunakan dengan pengecasan pantas 20W.

Untuk kamera, ia menggunakan sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Android 12, pembesar suara stereo, bluetooth 5.1, NFC, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Tiada informasi mengenai harga jualan rasmi peranti yang didedahkan setakat ini.


Komen ()