Cari @ Amanz

Aplikasi Google Maps Kini Memaparkan Indeks Kualiti Udara

Link Copied!

Dunia sudah mula dibuka semula selepas dua tahun akibat pandemik. Dengan aktiviti kembali meningkat, norma lama pencemaran udara yang teruk turut kembali dengan garangnya. Oleh itu adalah baik sekiranya kualiti udara diperiksa terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti di luar rumah. Hari ini Google Maps kini boleh memaparkan kualiti udara secara terbina dalam aplikasi.

Ciri ini hanya diberikan kepada pengguna yang tinggal di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Akses boleh dilakukan pada aplikasi Android dan iOS. Data indeks kualiti udara (AQI) diambil oleh Google dari Environmental Protection Agency (EPA) dan PurpleAir. AQI dipaparkan pada skala 0-400 dengan semakin besar angka semakin teruk kualiti udara.

Selepas ini Google Mapas akan memaparkan pula maklumat mengenai kebakaran hutan yang berlaku berhampiran pengguna dengan musim panas sudahpun bermula.


Komen ()