Imej Pengolokan Stesen Pengecas Tesla Merangkap Wayang Pandu Lalu Dan Restoran Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jun 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk pernah mengatakan Tesla ingin membina sebuah stesen pengecas kereta yang juga merangkap sebuah restoran dan panggung wayang pandu lalu pada tahun 2018. Baru-baru ini pelan rekaan stesen ini telah difailkan di California bagi mendapatkan kelulusan sebelum dibina. Imej pengolokan stesen ini telahpun dikongsi oleh @HowardModels bagi memberikan gambaran sebenar apabila ia siap dibina.

Stesen pengecas Supercharge ini akan mempunyai ruang untuk 29 kenderaan Tesla. Bangunan restoran berbentuk bulat setinggi dua tingkat. Di bahagian luar restoran terdapat skrin yang akan menayangkan filem supaya pengguna Tesla yang sedang mengecas kereta boleh mendapatkan sumber hiburan.

Idea untuk mengubah stesen pengecas yang turut boleh berfungsi sebagai restoran bukanlah idea baharu. Audi misalnya telahpun membuka stesen pengecas dengan kafe terbina sejak tahun lalu. Dengan kereta elektrik akan semakin bertambah, infrastruktur sokongan perlu dibina dengan segera bagi mengelakkan masalah kereta terhenti kerana kehabisan caj.

komen


© Amanz / 2022 Kami