Cari @ Amanz

ZTE kini membawa masuk dua telefon pintar berspesifikasi pertengahan untuk pasaran Malaysia, iaitu ZTE Blade A52 dan juga A72. Walaupun namanya adalah lebih kurang seperti penawaran Samsung, tetapi spesifikasi dan apa yang ditawarkan adalah jauh berbeza.

ZTE Blade A52 hadir dengan skrin 6.52-inci, dijana cip Unisoc 1.6Ghz, memori 2GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi bateri 5000mAh bersama dengannya.

Melengkapkan ia adalah sokongan tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP. Telefon ini turut hadir dengan sokongan NFC – memudahkan anda tambah-nilai kad TNG secara NFC dengan mudah.

Model ZTE Blade A72 pula hadir dengan skrin 6.745-inci HD+, dijana cip Unisoc 1.6Ghz, memori 3GB RAM, dan storan 64GB. Ia menyertakan bateri 6000mAh bersama-sama pengecasan pantas 22.5W.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 13-megapixel.

Di Malaysia, ZTE Blade A52 ditawarkan pada harga RM399, sementara ZTE Blade A72 pula berharga RM499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd