Vivaldi merupakan salah satu pelayar web alternatif di pasaran, yang menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya. Terbaru, hari ini Vivaldi turut telah memperkenalkan Vivaldi Mail 1.0, iaitu klien emel yang hadir terbina pada pelayar web Vivaldi.
Vivaldi Mail 1.0 ini turut hadir dengan integrasi kalendar dan juga pembaca RSS – sekaligus menjadikan pelayar web berkenaan lengkap untuk pelbagai aktiviti digital harian.
Klien emel ini turut hadir dengan rekaan yang anda sedia selesa, lebih kurang seperti GMail dan Microsoft Outlook. Seperti biasa, anda boleh membalas emel, membaca, melakukan tapisan, menyusun dan sebagainya melalui klien emel ini.

Bagi anda yang menggunakan Vivaldi pada desktop, boleh mengemaskini hari ini, dan menikmati ciri baharu ini.